Isnin, Julai 06, 2009

Tribute to Biskutz - Paeinz

Suatu hari yang cerah dan dingin, tiba-tiba seorang blogger telah mendapati bahawa blog biskutz.blogspot.com telah hilang dari alam siber. Apakah yang belaku? Di manakah perginya biskutz? Awak ok?

Masa saya mula-mula kenal blogging, sy selalu follow blog Biskutz nie. Munkin tak salah saya nak menaip kat sini, Biskutz adalah antara member blogger yang terawal kot (lebih kurang 2 tahun). Post ini tribute untuk Biskutz. Berikut adalah lukisan2 ala2 indie Biskutz.







Buat post 2 dalam 1 lagi nie. Sekarang tajuk ke-2... huhuhuhuhu:p

AWARD UNTUK MEO188

Sebelum nak stop menaip, di bawah ini merupakan award2 special dari seorang gadis, Aien dan seorang brader rockers, Dkama. Terima kasih. Huhuhuhu... :p


Sangat gothic. Award dari Aien


Sangat brutal. Award dari Dkama

Khamis, Julai 02, 2009

Mari buat kartun strip online tanpa melukis

Kini, semua orang boleh membuat kartun strip online secara percuma. Semudah macam makan kacang. Jom, layari Toondoo.com.

Lepas dah buat kartun, bolehlah letak di blog, facebook, myspace, dan sebagainya. Disamping tu bolehlah hantar kat saya, untuk MEOZEQ WEBCOMIC.



\PAK TUMPIK\


Amacam, cool tak kartun strip yang saye buat. Salam ceria. Huhuhu :D

Selasa, Jun 30, 2009

Transformers : Bumble Bee Versi Malaysia









(P/s - Demam transformers semakin kebah. huhuhu. Entri ini didedikasikan kepada Encik Luth Textile. Bumble Bee mu Bumble Bee ku jua. huhuhu.)



Ahad, Jun 28, 2009

Jelmaan Optimus Prime dari Planet Cybertron

Perubahan

Seandainya kita di timpa kesusahan dan malapetaka

Anggaplah itu Tarbiyah dari Tuhan

Seandainya untuk teruskan kehidupan kita terpaksa melakukan perubahan

Itulah perngorbanan terbesar yang kita terpaksa lakukan

Inilah azam dan impian

Perubahan

Saya tak mahu malu lagi

Saya tak mahu takut lagi

Saya tak mahu malas lagi

Saya tak mahu rugi lagi

Doa, usaha dan tawakal

Perubahan

Perubahan

Transformasi


Transformers



Sayelah Optimus Prime, huhuhu.




Khamis, Jun 25, 2009

Awak Okey?


Awak, senyap je ari nie. Awak Okey?


Saye Bizilah. Penat banyak keje.

Okey, rehat2 ye awak. Cian die.

K la. Tidur Dulu. Gudnite.

Gudnite. Sweet dream.






AWARD
Buat posting 2 dalam 1 lak kali nie. Ini award yang sempat dicurik dari rakan-rakan blogger.

Award pertama dari dotblogspotdotcom. Susahnye nak taip. Huhuhuhu.




Award kedua, daripada cik Lionteen. Wah, card capture Sakura. Sangat xmacho. Huhuhuhu :p



Terima Kasih :D

Selasa, Jun 23, 2009

Loose 'Mak Tom' dalam IbrahZine Edisi ke-15

Setelah sekian lama brader Zil-el-Saif menyepi (kerana masalah teknikal) dari perjuangan komik & dakwah online. Beliau muncul kembali dengan buah tangan terbaru yang mendapat suntikan istimewa dari rakan-rakan (terutama brader Lifutushi). IbrahZine keluaran ke 15 sudah diuploadkan di IbrahZine: Majalah Dakwah Online Paling Panas!


Dalam keluaran terbaru ini, anda boleh layan banyak artikel2 dan komik2 yang menarik. Hiburan ringan yang membina minda dan untuk santapan rohani anda. Antara komik yang dimuatkan adalah sumbangan dari Zil-el-Saif sendiri, Syafiq dan Meo188 (featuring e-zan). Anda boleh download e-zine ini secara percuma di IbrahZine. Free je nie. Jom download sekarang juge!


Baca, kemudian sebar-sebarkan.

(p/s - loose 'Mak Tom' yang dimuatkan dalam Ibrahzine v15 ini dibuat bersama dengan ex-gf, e-zan. Saya lukis dan kemudian, dia yang warna. Sentimental value gitu2... sob sob sob)

Ahad, Jun 21, 2009

Cover Majalah APO? bulan nie mengancam

Bulan ni cover hadapan Majalah APO? ala2 Transformers. Sangat cool. Ramai yang tak sabar2 nak layan cite Transformers kan. Sebab ramai saye tengok blogger2 lain duk posting ttg cite Transformers biarpun belum lagi ditayangkan.

Oklah, balik pada cite Majalah APO? ni. Sejak beberapa keluaran nie, maskot Majalah APO? (lanun & lim tat) sering bergaduh dengan maskot Majalah Ujang (Pakcik Din). Wah, macam WWE versus WCW je. Kalau dihangatkan lagi bende tue mesti best.


Saye nie pembaca setia Majalah APO? Saya tak pernah miss beli majalah APO? ni sejak dari keluaran pertama. (Majalah Ujang pun beli sejak keluaran pertama, tapi kemudian stop beli lepas kartunis UJANG sudah xde dlm Majalah Ujang. Ntah kenape makin xlawak). Sejak dari tingkatan 4 lagi. Maksudnya, saya sudah jadi follower Majalah APO? hampir 10 tahun. Gila ah ding dong. Mungkin suatu hari nanti bila dah berkeluarga, anak-anak saye xperlu beli komik, sbb abahnye banyak komik. Dah jadi macam perpustakaan komik je kat umah. Huhuhuhu....

Setiap keluaran, saya first sekali mesti nak layan cite LIFE JOURNEY - kartunis SIREH. Best ah ding dong. Bagi saya, lukisan kartun tue, dilukis dengan bahasa perasaan. Dalam keluaran terbaru nie, citenye bertemakan kasih sayang ayah yang hilang. Apa akan jadi tanpa ayah. Hepi father day!!



Sila klik pada gambar untuk membaca...




Jika ada duit lebih, belilah Majalah APO?. Murah jer. Promote sukarela je nie. Huhuhuhu.